Monday 15 August 2011

Siapa Betul Siapa Salah


Masa : 8.30 Pagi

Tempat : Cenderawasih 7
Situasi : Pelajaran Kenegaraan. Cikgu Atiem meminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk "Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam"

Keq: pada pendapat saya, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan menyewa bilik hotel.

Luqman: Saya ndak bersetuju kerana ada diantara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih melakukan perkara sedemikian bha!

Ameer: Menurut firasat saya, remaja tersebut berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain, mereka buta tentang agama.

Mohd: Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta tentang agama.

Ben Kimbek: Kenapa pulak? bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama?

Cikgu Atiem: ( bertanya kepada Ben Kimbek) Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Mohd?

Ben Kimbek: Sebenarnya mereka amat arif dengan agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh itu, jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.

Cikgu Atiem: ?!!


No comments:

Post a Comment